Thursday, November 19, 2015

Kampung House at Kedah

Komuniti pelancongan: program homestay Kampung Relau, Bandar Baru, Kedah
Kampung Relau terdiri dari empat buah kampung Melayu, iaitu, Kampung Tiga Ratus Kaki, Kampung Kilang Batu, Kampung Paya Semambu dan Kampung Tengah.

a)  Bagaimana proses pembangunan komuniti itu berlaku dan dijalankan ?
  • Penduduk kampung bersetuju membentuk program homestay secara komuniti. Majoriti penduduknya bekerja sendiri dan sesetengahnya bekerja dengan sektor awam dan sektor swasta, kebanyakannya di kawasan perindustrian berdekatan. 
  • Usaha-usaha membentuk program homestay Kampung Relau dimulakan oleh seorang usahawan tempatan yang berminat dengan konsep homestay apabila beliau melawat kebeberapa program homestay di sumatera Indonesia. 
  • Sebagai pemilik agensi pengembaraan, beliau sedar bahawa program homestay ini dapat memanfaatkan kedua-dua pihak, perniagaannya dan komuniti Kampung Relau. 
  • Program homestay Kampung Relau telah berpeluang menjadi hos kepada beberapa kumpulan dari dalam dan luar negara. Program homestay ini menawarkan ciri-ciri pelancongan berasaskan komuniti.
  • Pengerusi ( usahawan tempatan ) dan ahli jawatankuasa homestay memberi peluang kepada setiap ahli komuniti Kg. Relau untuk mengutarakan cadangan, dalam proses perancangan dan pembangunan serta mereka berpendapat bahawa dengan cara itu, mereka juga akan mendapat sokongan dari ahli komuniti di kampung tersebut. 
  • Pihak jawatankuasa ini juga, ada menjalankan usaha untuk meningkatkan pengetahuan ahli-ahli yang lain mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh program homestay tersebut dalam membangunkan komuniti tersebut.
  • Dalam proses membangunkan komuniti pelancongan di Kg. Relau bagi program homestay ini, ahli komuniti juga diminta untuk mengikuti kursus bahasa asing bagi meningkatkan kemahiran komunikasi mereka dengan pelancong.
  • Mereka juga mengikuti latihan keusahawanan agar mereka dapat memahirkan diri dalam pengurusan pakej penginapan homestay masing-masing. Harga yang ditawarkan kepada tetamu untuk tinggal di homestay adalah sangat rendah . 
  • Apabila dibandingkan dengan pilihan penginapan yang lain seperti hotel dan chalet, harga yng dikenakan ke atas sekumpulan tetamu ialah sebanyak RM65 yang merangkumi kemudahan bilik tidur, makanan,dan aktiviti atau program lawatan. Sebahagian bayaran yang diperoleh daripada tetamu,yang lazimnya datang mengikut pakej serta dikenakan harga pakej akan disalurkan kepada kumpulan pengurusan bagi membiayai kos yang dibuat secara berkumpulan dan selebihnya diagihkan kepada setiap peserta tuan rumah yang terlibat.
  • Anggaran purata pendapatan bersih yang diterima oleh seorang peserta tuan rumah ialah RM30 untuk seorang tetamu iaitu setelah ditolak segala kos yang terlibat seperti bayaran elektrik,air serta bahan untuk penyediaan makanan.    

    b)  Amalan dan Prinsip komuniti dalam usaha pembangunan komuniti
  • Ahli komuniti yang menjadikan rumah mereka sebagai homestay perlu mengeluarkan modal sendiri bagi mengubah suai rumah mereka. Namun begitu, ini hanyalah pada peringkat awal pengembangan pembangunan pelancongan dari aspek homestay Kg. Relau. Kemudian, komuniti Kg. Relau akan mendapat bantuan kewangan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia bagi meningkatkan lagi prasarana dan fasiliti kampung tersebut. 
  • Komuniti Kg Relau juga mengamalkan program ‘1 kampung 1 produk’ iaitu mereka mendapatkan sumber pendapatan daripada penjualan barangan kraftangan yang melambangkan identiti komuniti Kg Relau.
  • Selain itu, amalan yang dilakukan setiap kali mereka membuat program homestay, mereka sentiasa menjalankan sesi mesyuarat melalui organisasi jawantakuasa yang dibentuk bagi memudahkan lagi pengendalian operasi program homestay.
  • Prinsip yang menjadi pegangan kepada komuniti Kg Relau ialah, mereka sentiasa mengekalkan budaya serta adat resam negeri Kedah. Program homestay ini juga menjadi sumber pendapatan penduduk komuniti Kg Relau dan ia membantu masalah kewangan serta meningkatkan sosio ekonomi komuniti Kg Relau.
c)  Peranan pembangun komuniti
  • Jawatankuasa yang terdiri daripada peserta tuan rumah homestay telah ditubuhkan untuk memantapkan operasi program homestay di Kampung Relau. 
  • Penggerak program tersebut iaitu usahawan tempatan di Kampung Relau telah dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa dan beliau memainkan peranan utama dalam operasi homestay dari aspek pemasaran, pengurusan dan operasi program tersebut. Penglibatannya adalah sebagai pemimpin projek, khususnya dalam usaha memasarkan programnya sebagai salah satu produk yang ditawarkan oleh syarikat beliau. 
  • Selain itu, beliau telah memimpin komunitinya dari aspek pembangunan dan pengawalan pelaksanaan program pelancongan berkenaan.
  • Beberapa bentuk penglibatan telah dilakukan oleh kalangan ahli komuniti di dalam program homestay Kampung Relau. Seperti kebanyakan program homestay lain dimalaysia, program homestay Kampung Relau tidak digerakkan oleh orang luar. Hal ini kerana kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Pelancongan telah menyarankan agar komuniti tempatan dapat menyertai industri pelancongan melalui program-programnya seperti program homestay tersebut.
  • Mana-mana isi rumah yang memenuhi peraturan asas dan ingin menjadi hos homestay boleh memohon kepada kementerian. Apabila permohonan diluluskan rumah tersebut akan mendapat permit untuk mengendalikan operasi homestay.
  • Penyertaan ahli komuniti memainkan peranan yang penting dalam mencapai matlamat program homestay, iaitu untuk menyediakan produk pelancongan yang unik dan dalam masa yang sama, menyediakan peluang pembangunan kepada komuniti. 
  • Pengerusi dan ahli jawatankuasa membangunkan program homestay ini melalui pelbagai proses seperti proses membuat keputusan, perancangan dan pelaksanaan.
  • Peranan ahli komuniti yang tidak terlibat sebagai hos ataupun tuan rumah program homestay ini, mereka menyumbang dari aspek tenaga kerja dan sokongan dengan sedikit bayaran ataupun hanya sekadar berpuas hati menjadi sebahagian daripada komuniti apabila bergotong royong bersama-sama.
  • d)Modal dan aset yang dimiliki komuniti dan digunakan dalam usaha pembangunan komuniti


Aset
Persembahan pertunjukan kebudayaan 
Pertunjukan Silat

Permainan layang-layang 


Permainan Gasing, 

Tarian Mek Mulung 

Tarian Inai. 

Selain itu, komuniti Kampung Relau melibatkan diri dalam jamuan yang lazimnya dibuat secara bergotong-royong. 



Makanan tradisi yang terkenal di Kampung Relau yang menjadi pembuka selera pelancong ialah ikan pekasam. 

Hidangan utama mereka ialah gulai kawah batang pisang yang menjadi tarikan utama di Kedah.

 Pencuci mulut yang biasanya disediakan ialah kuih qasidah.

Selain itu ,produk yang ditawarkan di Kg. Relau ialah cenderahati seperti barangan kraftangan yang diperbuat daripada rotan iaitu bakul,beg dan tudung saji .


e) Cadangan penambahbaikan 



Rujukan
Kalsom Kayat & Nor Ashikin Mohd Nor (2006). Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program
Pembangunan Komuniti: Satu Kajian ke Atas Program Homestay di Kedah, Akademika,77-102.       

Chamhuri Siwar (2013). The Role of Homestays in Community Based Tourism Development in
 Malaysia, Innovating Community Based Tourism (CBT) in ASEAN,1-17.

Jabil Mapjabil, Siti Asma’ Mohd Rosdi, Munir Shuib, dan Sharmini Abdullah (2011).
Pembangunan program homestay di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia: Profil,Produk dan Prospek, Malaysian Journal of Society and Space, 7(2), 45-54.

Afifah Binti Arifin (2013). Kesediaan Masyarakat Dalam Pembangunan Program Homestay.


Mohd Mahathir Suhaimi B. Shamsuri (2013). Strategi Pembangunan Program Homestay.